Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
TIADA KESAN SAMPINGAN

Rawatan cara Homeopati merupakan rawatan yang selamat dan tidak memberi apa-apa kemudaratan kepada ibu mahupun bayi kandungannya kerana ubat-ubat Homeopathi adalah yang serasi dengan tubuh badan manusia. Dadah tidak digunakan dalam sebarang perubatan Homeopati. Sebab itulah seseorang ibu yang mengandung adalah dilarang mengambil sebarang dadah untuk mengurangkan kesakitan waktu bersalin kerana ia boleh mengancam nyawa bayi yang dalam kandungan bahkan ibu itu sendiri.

Selain daripada rawatan Homeopati ibu-ibu yang sedang hamil digalakkan memakan makanan yang mengandungi banyak zat seperti; protein, kalsium, phosphorus, zat besi, asid folic, vitamin C dan D, kerana ia akan membantu memudahkan proses bersalin di samping membantu pembinaan otot-otot tisu, tulang, gigi dan pertumbuhan darah bayi dalam kandungan. Ibu-ibu juga dinasihatkan membuat sedikit sebanyak senaman di peringkat permulaan hamil kerana ini akan melembutkan otot-otot di beberapa bahagian tubuh mereka yang kemudian akan memudahkan mereka bersalin.

Akhirnya segala bentuk fikiran negatif seperti rasa cemas dan takut dalam menunggu saat-saat melahirkan, jangan sekali-sekali dibiarkan menguasai fikiran. Tenangkan fikiran dan perasaan serta kuatkan semangat, kerana dengan ini juga menolong seseorang ibu itu bersalin dengan mudah, cepat dan selamat.