www.goto.com Sila Search  Web and up RM0.02
 

Nama saintifik:Andrographis paniculata (Bum. f.) wall.ex Nees
 Famili:Acanthaceae.

Hati adalah antara organ terpenting di dalam badan kita (sila lihat hepatitis.html). Hati yang tidak sihat akan menyebabkan banyak masalah. Antara fungsi utama hati ialah ia menapis toksin. Tugas ini, bagaimanapun menjadi semakin berat disebabkan cara hidup moden yang kita lalui setiap hari. Pencemaran udara, makanan berminyak, ubat-ubatan, merokok dan pengambilan alkohol, dsb. - semua ini memberikan tekanan yang lebih pada hati. Sekiranya berlebihan, hati boleh menjadi rosak

Daya tahan sakit kita pula (immune system) sering menjadi mangsa serangan kuman bakteria dan virus dan menyebabkan masalah-masalah seperti demam selsema, sinus, sakit tekak dan bronkitis.

Hempedu Bumi (Andrographis paniculata) didapati lebih baik daripada Milk Thistle (Silymarin) sebagai pelindung hati. Di negara-negara Scandinavia, herba ini digunakan dengan banyaknya untuk melawan penyakit (meningkatkan daya tahan sakit), menggantikan herba-herba yang telah lama dikenali seperti Echinacea.

Selain daripada fungsinya dalam menguatkan fungsi hati dan sistem penghadaman, herba ini juga didapati membantu mengurangkan pengumpulan kolesterol dalam saluran darah. Adalah dikatakan ia lebih baik berbanding dengan minyak ikan (fish oil) dalam fungsi ini. Secara tradisionalnya, herba ini digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi. Kajian telah menunjukkan ia bertindak sebagai agen hypotensive (mengurangkan tekanan darah) yang lembut dan selamat.

Kajian terbaru yang dijalankan  melibatkan proses penguatan daya tahan sakit dan proses menghalang pertumbuhan virus. Di negara China, herba ini banyak digunakan untuk masalah sakit tekak. Di Norway, Denmark dan Sweden pula, ia banyak digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah selsema.

Dalam produk ini, beberapa herba lain seperti Dukung Anak (Phyllanthus niruri) dan Kunyit (Curcuma longa) dicampur sekali. Dukung Anak mempunyai ciri-ciri anti-virus dan penguat hati (liver). Kunyit pula adalah sejenis anti-oksidant yang banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia untuk menguatkan hati, sebagai tonik, mengurangkan bengkak dan kesakitan dan mengurangkan kolesterol.

ia juga biasa digunakan untuk penyakit kulit iaitu gatal dan gigitan serangga.
 
 

| Home | Herba | Shopcare | Cni Shopcare |

EMAIL ME