Page 1

 

c.jpg (6689 bytes) Kehebatan beliau tidak boleh dipertikaikan lagi. Tidak kira dari sudut kefalsafahan hingga ke tahap pertempuran, kelibat beliau sering menarik perhatian di layar perak mahupun di khalayak ramai. Untuk keluaran kali ini SENI BELADIRI akan cuba mengupas lagi cerita berkenaan dengan Bruce Lee.

Pada keluaran lepas, pembaca telah disajikan tentang eksperimen Bruce Lee menggunakan elektrik untuk menambahkan kekuatan terutama kekuatan dan kepantasan menumbuk. Untuk kali ini pembaca berpeluang mengetahui rahsia bagaimana Bruce Lee mendapatkan bentuk V dan otot-otot di bahagian perutnya (Abdomen).

Bruce Lee amat mementingkan latihan dibahagian perut kerana ianya merupakan pusat graviti manusia dan salah satu tempat melahirkan kekuatan melalui tumbukan dan tendangan. Sekiranya anda pernah menonton filem dokumentari yang berjudul "Curse of Dragon". Bruce melakukan tumbukan satu inci (One Inch Punch) ke atas ahli seni beladiri Karate.

Di dalam pertunjukan tersebut beliau hanya menjarakkan tumbukan hanya satu inci daripada badan, apabila beliau melaksanakan tumbukan tersebut penonton di situ terkejut ahli karate itu terpelanting kebelakang terus terduduk di atas kerusi. Anehnya, beliau tidak menghayun tangan untuk menumbuk, sebaliknya tumbukannya dilakukan pada jarak satu inci yang diukur tadi. Lebih menakjubkan ialah ahli karate itu terduduk diatas kerusi pada jarak kira-kira satu langkah dari tempatnya berdiri. Itu hanya tumbukan satu inci, sekiranya beliau menumbuk dengan sepenuh hati bagaimana?

Begitu kekuatan dan kepantasan kakinya. Contoh ketara kekuatannya dibuktikan dalam lakonan di dalam filem The Way of Dragon. Di dalam filem tersebut Bruce memegang watak Tang Long telah dicabar oleh rakan sekerja di kedai makan yang irihati kerana Ah Long dihormati setelah menyelamatkan mereka dalam pergelutan menewaskan samseng yang membuat kekacauan di kedai makan mereka.

Ah Long telah diuji supaya menunjukkan keupayaan sebenar sekiranya dia benar-benar hebat. Ah long di suruh menendang ‘platform pad’. Dengan menumpukan kepada platform yang di pegang, lalu Ah long melepaskan sepakan layang sepenuh hati sebanyak tiga kali hinggakan rambut yang disikat kemas pemegang tersebut terus kucai-kacir. Kemudian Ah Long menendang platform yang kedua dan buat kali ini Ah Long menendang daya gaya tendangan sisi hingga terpelanting pemegang platform kira-kira 5 meter kebelakang.

Dan Innosanto berkata: "Sekiranya Bruce menjalani latihan menggunakan wooden dummynya, pasti wooden dummy akan patah". Wooden dummy terpaksa diganti dengan peralatan besi kereta supaya beliau menjalani latihan dengan mematahkan lagi wooden dummy. Kerana didalam latihan Bruce begitu serius dan tumpuannya terhadap latihan amat tinggi.

Latihan kerap kali dilakukan oleh Bruce ialah latihan bagaimana mendapatkan bentuk badan cantik dan mantap. Terdorong kepada semangat inkuiri, Bruce mengumpul semua bahan-bahan ilmiah tentang bina badan, fisiologi dan anatomi untuk dikaji dan dipraktikal di dalam latihannya. Bruce akan menfailkan segala artikel-artikel yang terdapat didalam majalah bina badan dan mengasingkan secara teliti mengikut rutin latihannya.

 

Latihan lengkap Abdomen BRUCE LEE

Page 2

Setelah dikaji kesesuaian latihan tersebut, Bruce telah melakukan latihan terhadap abdomennya yang dibahagi kepada 5 sessi dalam 1. Biasanya Bruce akan melakukan 3 bahagian sahaja, tetapi kadang-kadang bruce akan melakukan kesemua latihan itu bergantung tahap kemampuan dirinya. Latihan yang dilakukan oleh Bruce ialah:

1) Bangkit tubi ( Sit-up )
2) Ampungan ( Leg raises )
3) Gelek ( The twist )
4) Frog kick
5) Lenturan sisi ( Side bend )

BANGKIT TUBI ( SIT-UP )

Sit-up atau dikenali sebagai bangkit tubi adalah salah satu sessi latihan yang diamalkan oleh Bruce di dalam menjana latihan dibahagian perut. Sit-up dilakukannya telah diklasfikasikan kepada beberapa pecahan iaitu sit-up dan sit-up twist (bangkit tubi berkelek).

Bruce melakukan sit-up tersebut diatas sekeping papan rata yang direka khas untuk mempraktik latihan sit-up. Bruce akan membaringkan dirinya diatas papan tersebut sambil kakinya di ikat dengan tali kulit untuk mengelakkan berlakunya pergerakkan.

Lututnya pula akan dibengkok sedikit dan bruce akan membengkokkan badan serta dada dirapat terus ke lutut. Bruce akan memberhentikan diri apabila badannya dirapatkan dengan lutut dalam kiraan 2 saat, kemudian bruce akan menurunkan semula perlahan-perlahan keadaan asal.

Untuk sessi kedua, sit-up twist turut dipraktik oleh Bruce. Beliau mengesyorkan ketika melakukan sit-up twist tangan hendaklah diletakkan di belakang leher. Kemudian lakukan siku sebelah kanan menyentuh lutut di sebelah kiri. Latihan hendaklah dilakukan secara berulang sebanyak 15-20 ulangan untuk satu pusingan

Bruce percaya latihan sit-up perlu dilakukan kerana sekiranya seseorang itu perutnya mantap dan keras, dia tidak perlu bimbang kerana dia akan lambat gemuk.

Bersambung... ikuti keluaran akan datang sambungan latihan abdomen Bruce Lee bahagian kedua