Make your own free website on Tripod.com
 
POKOK MISAI KUCING
Misai Kucing Plus membantu mengurangkan kesakitan dan radang pada sendi-sendi, membantu membuang asid dan bahan kumuhan yang boleh membantu dalam rawatan penyakit arthritis, gout dan rheumatism. 

  Kandungan Misai Kucing Plus ialah Orthosiphon aristatus, Centella asiatica, Zingiber officinale dan
  Curcuma longa.

  Kebanyak pesakit arthritis merasa sakit dan tegang pada bahagian sendi dan urat mereka. Rheumatism dan gout melibatkan pengumpulan asid dan bahan kumuhan di dalam otot dan sendi-sendi. Peredaran darah yang berkurangan di bahagian terlibat menyebabkan bengkak (dan sakit) dan ia boleh  menyebabkan kerosakan pada sendi jika tidak dirawat. Pengambilan berlebihan daging, makanan berasid dsb. menyebabkan kadar asid, terutamanya asid urik, menjadi tinggi. Faktor-faktor penyumbang
lain termasuklah kurang bersenam dan pergerakan yang dilakukan pada sendi-sendi.

Misai Kucing (Orthosiphon aristatus) mempunyai sejarah sebagai herba diuretik yang selamat dan
berkesan. (Diuretik = proses membuang air di dalam badan).

Ia juga digunakan sebagai pencuci darah ("blood purifier") dan agen untuk mengurangkan radang (inflamasi) di dalam kes-kes arthritis. Ia membantu membuang bahan-bahan kumuh berasid yang boleh menyebabkan masalah arthritis sekiranya tidak dikawal
 

radang pundi kecing 
kencing manis
 

 
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketiunggian 1.5 m.
Daun Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan.  Daun licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja.  Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.
Batang Batang empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Bunga Bunga terdapat pada ‘verticils’ lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan
dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Bahagian yang digunakan Daun