PETUA UNTUK ANDA



 

Muka

Memutihkan muka
Dari: afrizal ishak [SMTP:boyz_skater@hotmail.com] 
Mula-mula ambil sedikit tepung susu dan bancuhkan nya kurang pekat,selepas itu sapukan pada seluruh muka. Seelok-eloknya sapu sebelum tidur,esok paginya itu basuh muka yang telah disapukan itu sehingga bersih. 
Itulah petua yang adik nak bagi tau kat Kak Linda.petua memutihkan muka ini nenek adik yang bagi. 

Hilangkan jerawat
Dari: mohd Zaki Akieey [SMTP:akieey_01@yahoo.com] 
- mula-mula kita mestilah petik 4 hingga 8 helai daun teh yang segar
- lepas itu kita hendaklah rendamkan daun itu dengan air panas yang baru masak
- Kemudian letak muka yang berjerawat kat wap air - diulangi sehingga tiada wap lagi
- dilakukan 2-3 kali sehari dan jerawat anda akan hilang dalam 1 hingga 2 minggu. 
- ingat! mesti lakukan setiap hari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam

MENGHILANGKAN JERAWAT 

Dari: Sani On 7 (Klang) [mailto:akutakpeduli@hotmail.com]

Petua 1 

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih. 

Petua 2 

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi. 

Petua 3 

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang . 
 
 

Petua 4 

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi . 

Petua 5 

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan . 

Petua 6 

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7 

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya . 

Petua 8 

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam . 

Petua 9 

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut . 

Petua 10 

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan . 

Petua 11 

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah . 

Petua 12

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus . 

Petua 13 

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) . 

Petua 14 

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air 

suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih.Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Menghilangkan Jerawat
Dari:   Azhar Zainuddin [SMTP:azhar.zainuddin@smtp.financialzoo.com] 
Gunakan uncang Teh
-Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh 
ini, uncang nyer jangan dibuang. 
-Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. 
-Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu. 
-Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana 
jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah.... 

Mata

Merawat sakit mata
Dari: anisah sulaiman [SMTP:nissulaiman@hotmail.com]
petua nie saya dapat daripada kakak saya sendiri...selain merawat ia juga dapat mencantikkan mata... 
mata akan kelihatan jernih.....insyaallah.... 
caranyer cam nie.... 
sediakan madu....ambil madu tersebut pastu tuangkan sedikit di sudu....jangan terlalu banyak...cuma setitik madu sahaja... 
titik kan madu tersebut di mata yang sakit...anda akan merasa pedih sedikit dan dalam beberapa minit mata anda akan sembuh.... 
*insyaallah....

Masaalah berselaput dalam mata.
Dari: Rosli@mesiniaga.com.my [mailto:Rosli@mesiniaga.com.my
Bahannya : 
- Madu lebah asli. 
- pucuk sirih. 
Caranya: 
-Masukan setitik atau dua titik madu lebah kedalam daun sirih (pucuk sirih), 
-kemudian gentel campuran daun sirih dan madu lebah hingga sebati. 
-Lepas tu... titiskan kedalam mata yang menghadapi masaalah berselaput. 
-Amalkan dua atau tiga kali . 
Insyaallah , selaput akan hilang dan tak berselaput lagi. 

Hilangkan gelung hitam pada kelopak mata
Dari: SURAYA OTHMAN. KUBANG SEMANG,BUKIT MERTAJAM, PENANG
BILA ANDA TIDAK CUKUP TIDUR, PADA MATA ANDA PASTI ADA GELUNG HITAM,UNTUK 
MENGHIKANGKANYA MEDAH SAJA, SETIAP KALI BANGUN TIDUR,SEDIAKAN SEMANGKUK AIR 
DARI PETI SEJUK,CUCI DI BAHAGIAN MATA DULUDENGAN MENGGUNAKAN HUJUNG JARIDARI 
PANGKAL HINGGA HUJUNG MATA SAMBIL MEMBACA SELAWAT 3 KALI. LAKUKAN SETIAP 
PAGI ANSYA ALLAH BERKESAN


 
 
Cara untuk menghalau lipas
Dari: ida aizura [SMTP:cik_lobak@yahoo.com] 
masukkan beberapa helai daun limau purut kedalam almari maju atau almari pinggan mangkuk..insya Allah lipas akan lari dan daun limau purut menghasilkan aroma yg wangi......selamat mencuba... 

MERAWAT PENYAKIT BUASIR
Dari: DRF [SMTP:fithry@maxis.net.my]
AMBIL SEBJIJI KELAPA GADING YANG KECIL YANG BERWARNA KUNING BAKAR ATAU PANASKAN HUJUNGNYA KEMUDIAN LETAKKAN KEPADA BAHAGIAN YANG SAKIT. LAKUKAN BERULANGKALI SEHINGGA SEMBUH..INSYALLAH BAIK. TETAPI JANGAN LUPA UNTUK ORANG YANG BERAGAMA ISLAM..BERDOALAH DAHULU.

Senang nak tidur malam
Dari: asri [SMTP:asri@orogenic.com.my]
makan madu lebah dengan minum air kopi .Dalam masa 16 minit sahaja akan akan merasa kesan ngantuknya. Memang sukar dipercaya tapi kalau linda nak tahu saya selalu buat macam tu bila saya nak tidur awal tapi tak ngantuk. Petua ni saya dapat dari orang Thailand sewaktu saya pergi ke rumah kawan saya di Kedah.Selamat mencuba.
Muhamad Asrie
Shah Alam.

 Hilangkan batuk yang berlarutan
Dari: nur syazalizah isma mohd [mailto:sazaliza22@yahoo.com
-Caranya ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . 
-apabila semua dah sebati dengan air suam tadi ,bolehlah diminum. 
-hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak yang pekat itu akan keluar dengan mudah 

Menghilangkan kesan karat pada besi
Dari: Azhar Zainuddin [mailto:azhar.zainuddin@financialzoo.com
Nie saya nak bagi satu lagi petua.... petua untuk menghilangkan kesan karat pada besi... yelah... kalau ada benda-benda cam sudu antik ker, aper-aper jerlah benda yang diperbuat dari besi dan dah karat tapi sayang nak buang.... 
camnie caranya... 
-Ambil sedikit cuka dan dicampurkan dengan garam. 
-Larutkan kedua-dua bahan ini ke dalam sebekas air. 
-Kemudian rendamkanlah barang yang telah karat itu ke dalam larutan air tadi. 
-Biarkan semalaman. InsyaAllah kesan karat pada besi akan beransur-ansur hilang.  Selamatlah barang-barang yang dah berkarat itu daripada dibuang begitu sahaja. 
Selamat mencuba.... 

Hilangkan bau NASI HANGIT 

kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang... membazir.. cuba amalkan antara 3 
petua nie... 
-Pertama
-basuh cili kering dalam dua tiga tangkai... jangan dipotong.. 
-masukkan terus ke dalam nasi tersebut... biarkan seketika, 
-InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut... tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak 
dipotong) 
-Kedua... 
-kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu... 
-Ketiga
kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi... biarkan sejenak.... InsyaAllah, tiada lagi 

Petua Hilangkan kesan Parut jerawat
-Caranya... ambil kayu manis... dengan menggunakan sedikit air.. 
asahkannya di permukaan kasar (Contoh: permukaan belakang pasu/ batu 
tumbuk). 
-Selepas itu, sapukannya di parut-parut jerawat. Amalkan setiap malam, InsyaAllah kesannya akan hilang. 

Tanggalkan kesan coklat getah pada baju atau seluar
Dari: haini falini mailto:teruterubuzu5464@hotmail.com
-caranya ialah ambil secebis kertas lukisan kosong, 
-tekapkan di atas baju atau seluar yang terkena coklat getah panaskan dengan iron dengan suhu yang 
paling tinggi. 
-alih-alihkan kertas itu insyaallah kesan coklat getah akan tertanggal.jadi anda tidak perlu buang baju yang terkena coklat getah. selamat mencuba
 

Ubati bibir yang pecah
Dari: puteri_rc1033@yahoo.com [mailto:puteri_rc1033@yahoo.com
-Bagi mengatasinya,minum air suam yang dicampur dengan gula merah atau gula melaka<
serta sedikit air perahan asam jawa. 
-Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari. 
-Dengan izin ALLAH, bibir yang pecah akan segera sembuh. 
erza putrajaya. 
 

Putihkan gigi
Dari: Syahril_Azli_Abdul_Rahman@Dell.com
-Ambil sedikit arang dari kayu yang dibakar - jumlahnya ialah ikut keperluan.....kalau nak guna lama so taruk la byk sikit arang tu..... 
-kemudian tumbuk arang tersebut dgn sedikit garam....garam tu lebih kurang 1 sudu teh ker...tumbuk hingga betul-betul hancur then 
-buat cuci gigi....gosok ngan jari pun boleh....Insyaallah gigi anda akan menjadi putih berseri.....:) 
Syahril Azli
Dell APCC2 Penang, 

Dapatkan kuku yang sentiasa berkilat... 
Dari: fauziah [mailto:fauziah@dbp.gov.my
-ambil sedikit ubat gigi (sebaiknya colgate merah) dan gosokkan dengan jari beberapa minit. Buatlah pada semua kuku, insyaAllah ia akan berkilat dan tahan lama... 
KAK G
 

Petua rambut gugur 

Dari: sarini@metra.po.my

-Ambil putih telur dan campurkan dengan limau nipis
-kemudian sapukan ke rambut sehingga keseluruhnya 
-setelah selesai menyapu ke rambut balutkan rambut dengan kain tuala dan biarkan ia semalaman
-basuh pada keesokan harinya
-amalkan seminggu dua kali Insyallah
-akar rambut akan menjadi kuat dan rambut akan lebih kelihatan sihat
-campuran berlebihan jangan dibuang.. simpan didalam peti sejuk.. kerana campuran tadi akan lebih sebati jika disimpan... 
 
 

Menghilangkan Penyakit kayap

Dari: mke@tm.net.my
-Ambil sebiji cempedak muda(putik buah cempedak) dan asah bersama sedikit air pada belakang lesung batu. 
-Kemudian ambil airnya, campurkan dengan bdak sejuk dan sapu sekitar kayap itu seberapa kerap yang anda mahu.
-Insya-Allah kayap akan hilang dalam masa dua tiga hari.
-Ayah saya telah mencuba petua ini memang mujarab.

Mencantik serta merawat bibir

Dari: archik_west@yahoo.com

-petuanya mudah saja...hanya perlu mentega dan disapukan pada bibir...biarkan selama 10
min..inyallah...
-3 kali seminggu..mesti bibir elok...

Petua untuk kaki melecet

Dari: ziera@hotmail.com

Petuanya senang saja sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang melecet sebelum memakai kasut....
Insyaallah kaki tidak akan melecet lagi dan kita akan merasa selesa memakai 
kasut yang baru tu... Saya sudah amalkan dan memang berkesan...

Menghilangkan Parut Hitam

Dari: mke@tm.net.my
-Ambil beberapa biji kentang kemudian tumbuk hingga lumat
-tempekkan pada parut tersebut. Lakukan setiap hari dan mudah-mudahan usaha anda akan berhasil dengan Insya - Allah.
 
 

MERAWAT TUMIT PECAH...

Dari: ezrielaspears86@hotmail.com

-Lemak ayam jgn dibuang begitu saja.
-panaskan lemak ayam hingga cair dan sapukan pada tumit kaki yg pecah 
-jika anda rajin amalkan...anda akan mendapat kesannya yg baik.
 
 

HILANGKAN KUTU DI KEPALA...

-ambil beberapa ketul ubat gegat dan tumbuk hingga halus/lumat
-campurkan ubat gegat itu dgn setengah cawan minyak kelapa.sapu di seluruh kepala
dan bungkus dgn kain.
-selepas 15 minit, cuci rambut dgn air bersih
Insya-Allah,kutu akan hilang..
selamat mencuba....
 
 

Petua Ibu Kunyit Legakan Batuk..

Dari: cinta_sakti14@hotmail.com

- ambil ibu kunyit sebesar ibu jari.
- parut dan ambil airnya.
- campurkan air ibu kunyit tadi dengan dua cawan air tebu tulen.
- Tapis dan didihkan sebentar.
- biarkan ia agak suam-suam sikit, dan minumlah 3x sehari
Amalkan setiap hari...
Insyaallah..batuk anda akan hilang!!!
 
 

Dari: nadiea_99@hotmail.com

MEMUTIHKAN SIKU:

Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian 
siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya 
-cubalah campurkan setitik air limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum.
-sapukan campuran itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering.
-Kemudian cucilah dengan air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering.
-Amalkan beberapa kali dalam sebulan.Insyallah akan membuahkan hasil.
 
 

MEMERAHKAN KULIT MUKA:

Sekiranya anda ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan kemerah-merahan di seluruh muka anda,
-setiap pagi mencuci muka dengan daun teh yang telah di rendam.
-Sapukan daun teh perlahan-lahan ke muka dan biarkan seketika.
-Kemudian basuh dengan air bersih tanpa menggunakan sabun.
Insyallah muka anda akan kelihatan berseri-seri.
 
 

MATA BERSINAR:

Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini.
-Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk,
-kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika.
-Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa segar dan bersinar.
 

petua : makan cekam (cagu) & hilangkan bubuk beras
Dari: ayu_me79@hotmail.com

hm... ni ayu nak kasi petua MAKAN CEKAM @ cagu  yg selalunya terjadi kat kuku kaki atau tangan
-ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah)
-inai tersebut letakkan di kuku yg makan cekam @ cagu tersebut
 -insyaallah.... jika selalu diamalkan makan cekam @ cagu tersebut akan kering dan beransur hilang dan tidak akan berasa sakit lagi
 

Petua hilangkan bubuk @ kutu beras

-ambil satu atau dua  cili kering dan letakkan di dlm beras
-kutu beras @ bubuk tadi akan hilang/lari dlm masa yg singkat
 

Dari: teruterubuzu5464@hotmail.com

PETUA NAK LEBATKAN RAMBUT,KENING,MISAI & JANGGUT.
-CARANYA IALAH AMBIL BEBERAPA BIJI BUAH KERAS,GORENG BUAH KERAS TERSEBUT 
DALAM KUALI TANPA MINYAK SEHINGGA BUAH KERAS TERSEBUT BETUL-BETUL 
GARING
-SELEPAS ITU TUMBUK BUAH KERAS YANG TELAH DI GORENG ITU SEHINGGA PECAH 
MINYAKNYA.
-AMBIL MINYAK BUAH KERAS YANG TELAH DI TUMBUK ITU,SAPUKAN DI RAMBUT,KENING,MISAI ATAU JANGGUT ANDA
-INSYAALAH IA AKAN TUMBUH LEBAT DAN HITAM BERMAYA.INI SESUAI BAGI WANITA YANG INGIN RAMBUT DAN KENINGNYA TAMPAK LEBAT DAN HITAM BERKILAT

MOHD SUHAIMI B HJ MD ZAIN
154 (F)BUKIT MENDI,

28320 TRIANG,

PAHANG.
 
 

Petua: menghilangkan jerawat dan nak melicinkan muka kita supaya nampak berseri.

-Ramuannya mudah di cari. Ambil beberap helai daun jambu batu yang sederhana tua, (jangan terlalu muda agak-2lah)

-cuci muka dulu dengan air bersih, 

-basahkan daun jambu tadi 

-kemudian ramaskan daun jambu batu tadi hinga ia mengeluarkan getah atau air

-selawat nabi 3x, dan sapu di muka. 

-Biarkan selama 5 minit barulah mandi Insya-Allah anda

semua akan lihat hasilnya setelah mencubanya selama beberapa hari.

Selamat mencuba.
 
 

Petua: melicinkan kulit..

Dari: zalindamy@yahoo.com

-bancuh susu tepung pekat2 dan lumur di serata kulit..

-biar 1/2 jam..bilas dengan air suam..
 
 

Petua: mengurangkan panas 

dari: gadis_era1033@yahoo.com

petua ni senang sahaja, ini bagus utk ibu2 di malaysia yg anaknye ada mengalami demam.

TAK SESUAIII utk baby tapi sesuai utk kanak2 berumur 6thn dan keatas.

-pertama sekali ambil segenggam asam jawa lepas tu, campurkan sedikit

air suam.. sikit shj bagi pekat2.. 

-pastu tempikkan ke sekitar dahi dan kawasan anak rambut tuu..memang

melekit tapi itu utk kesihatan. 

-amalkan nye sehingga panas itu kurang. insya ALLAH sembuh.
 
 

Dari: Intan Fairus - Marine (XCHG-PKG) intan@starcruises.com.my

1. Hampas kelapa juga elok digunakan untuk kulit muka agar kelihatan halus, lembap, menghilangkan bintik-bintik hitam, sel kulit mati, tanda bekas jerawat, kudis dan lain-lain.

-Cara mengunakannya juga sama seperti dibahagian badan iaitu digosokkan diseluruh bahagian muka sekurang-kurang selama 2 minit dan dibiarkan selama 1 minit

-lepas tu dicuci dengan air dan pencuci muka.

2. Dibahagian dalam kulit pisang boleh menghilangkan tanda sel kulit mati, bintik-bintik hitam, tanda bekas jerawat dan juga menghaluskan kulit muka.

-Caranya sama seperti diatas. 

Petua ini saya amalkan sejak usia saya berumur 12 tahun. Itupun telah dipaksa oleh ibu saya, (sekarang nie usia saya 28 tahun) saya berterima kasih kepadanya

Saya galakan agar diamalkan petua ini seminggu dua kali dan paling sesuai bila seseorang itu mengamalkan petua ini dikala berusia 11 tahun sehinggalah selamanya.
 
 

Dari: engineering@nskmicro.co.jp Wahid Nor / ISC Micro Precision Sdn Bhd, Taman Taming Jaya ,

Petua: MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK MERAH @ GATAL-GATAL PADA KULIT BAYI ATAU KANAK-KANAK.

Biasanya Bayi atau Kanak-Kanak mudah di jangkiti penyakit kulit atau gatal-gatal dan perubatan moden kadangkala tidak berkesan untuk menyembuhkan penyakit ini.Jadi sekiranya ini terjadi pada anak anda caranya ialah dengan

-mengambil sejenis daun (dalam bahasa orang kampung @ bahasa pasar ianya dipanggil Daun Sekentut).Pokoknya seperti pokok bunga dan bunganya berwarna putih.

-Caranya ialah tumbuk daun sekentut tadi hingga hancur (Jangan campur dengan air atau bahan-bahan lain).Kemudian 

-perah daun yang telah hancur tadi.

-ambil airnya dan sapulah ditempat bintik-bintik merah yang terdapat pada badan anak anda.Insyaallah penyakit anak anda akan sembuh.
 

Dari: roshazlida mohamad [mailto:anect_@hotmail.com] 
-Ni pasal bile kite makan durian pasti baunya amat kuat kan. Dan ianya akan melekat pade tangan ( tupun kalau kite makan dengan tangan laa He he he) 

-nak hilangkan bau durian pade tangan tu senang aje.. kite ambik kulit durian, yang bahagian belakang kulit (bahagian yang berduri) tu diletak di bawah paip air.

-basuhkan tangan dengan air yang mengalir melalui kulit tadi. Maka alkisahnye hilanglah bau durian yang melekat pada tangan tadi
 
 

Dari: Mohamad Firdaus Zainal Abidin [mailto:firdausz@hotmail.com] / Mohamad Firdaus bin Zainal Abidin

Kuala Kangsar,Perak.

Petua: Susu Untuk Menghaluskan Kulit Muka:

Tentu anda tidak puas hati jika kulit muka kelihatan kasar. Jangan susah hati. Apa yang anda perlu lakukan ialah 

-panaskan susu segar (atau susu tepung yang dibancuh) hingga mendidih

-Kemudian angkat dan sejukkannya.

-sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia kering. 

-Selepas itu barulah bersihkan muka dengan air suam. 

-Amalkan terutamanya pada sebelah malam sebelum tidur. Insya-Allah kulit muka anda menjadi lebih halus dan lembut.