ADAB SOLAT
 
 

    -----Original Message-----

    Khas untuk muslimah2 sekelian. Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Baru   saja  lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi.  Rasa   terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi  bersama.  Topik adalah mengenai adab2 solat.  Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa  bulan  yg  lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu  rendah kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur  dah   lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau
   boleh  di kategorikan begitu. Ntah2 inferior....abih tu camno?
 
    Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan  kita   mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap yg Esa. 2   perkara   yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri   tegak   sblm lafaz niat :
 
    1.        Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri  kita.
    Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2  tak
    layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri
   sendiri   dan menyesallah.
    2.        Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita   diciptakan
    oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya   kita
    dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi  hamba2nya
    yg   hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
 
    Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan   mengangkat   takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil  membetul2kan   kain  sembahyang, telekung dan Sebagainya. Fokus.
 
    Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,
   penuh   adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita and
   selayak2nya    adab
    utk menghadap Tuhan.
 
    1)        Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
    i.        Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
    ii.       Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
    iii.           Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada

              Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke   badan.
    Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2an
   di  celah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu  sekiranya
    kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
 
    2)        Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke  atas  sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke  atas,  seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri  agak2  selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
 
    3)        Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan  dgn   penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan  berhenti  di  atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).   Siku   juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
 
    4)        Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman  hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa  lakal   hamdu"
 
    5)        Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg   tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai,  baru  diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn  bawah   sedikit dari ibu jari, dimana ada sedikit ruang terbuka di antara
   kedua2   tgn   dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan   kerana
    dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi,   kedua  tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu   jari   kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
 
    6)        Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
    i.        Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
    ii.       Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki  kanan   dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
 
    7)        Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan  dlm  keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,  gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
 
    8)        Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut   "....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") dan merapatkan ibu jari  ke   jari  telunjuk sebaik selesai mengucap "wa'ash hadu anna
    muhammadarrasulullah..."
 
    9)        Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.   Menoleh    sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai   disekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah   jika  bahu  di alihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.    Semasa  menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
 
    10)       Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan  papan  punggung dgn kedua2 kaki. Tgn di angkat separas dada dan berdoalah dlm  keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg  tinggi  dan   mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
   sedang  menghadap yg Esa.
 
    Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para   hadirin    bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg  tertentu.
    Antaranya:
 
    1)        Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.   Sekiranya  kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,  maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak  jarang  (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Atau pun,
   pakailah  anak  telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu dirumah,  apabila
    kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan  tgn  tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

   2)        Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain   solat,  sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).    Apabila   tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi  kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan
 stokin  yg  dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu  akan   menegang (stretch) dan mana lah tahu, terdedah aurat kita ketika itu  lalu  tidak sah lah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah   mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

    3)        Ada kain telekung yg indah bersulam dah berkerawang. Ada yg  berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg  berambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,  rambut2  ini akan terkeluar2 dicelah2 kerawang telekung. Oleh itu,
 berhati2lah.

    Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang  agama.   Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.  Solat   yg  baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini   memakai   tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk  membeli   telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas  ketika  solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk  mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk
 solat,  saya masih merangkak.
 
    Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat,  jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat  yg   tak  sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'. 
    Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,   harap
    dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu   dari    saya.

 
    Wassalam.

 


<<<<<<Previous!!!! HOME !!!! Next >>>>>>