Make your own free website on Tripod.com
 
RENUNGAN BERSAMA...........INSYA ALLAH.

Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa....Subhanallah......Allahuakbar..... Diceritakan oleh Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus.Bahrulmazi Travel andTours Sdn.Bhd. Memang menjadi kebiasaan ramai jemaah haji dariMalaysia yang mengenali saya bertanyakan sesuatu perkara terutama hal agamasemasa berada di tanah suci.Misalnya jika jemaah ada menghadapimasalah berkaitan soal-soal rukun haji atau fardu ain serta kekeliruan dalam beribadat saya akan memberikan khidmat nasihat sepertidiminta.Bagaimanapun ada juga jemaah yang bertanyakan tentang peristiwa pelik yang berlaku terhadap mereka.Demikianlah yang berlaku dengan seorang jemaah wanita dari Malaysia semasa saya mengerjakan fardu haji pada tahun 1993. Pada suatu hari seorang jemaah haji wanita, biar saya namakannya Fatimah, datang menemui saya untuk menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya semasa berada di Makkah. "Pelikustaz.Memang pelik.Tak pernah saya alami kejadian sepelik ini dalam hidup saya,"cerita Fatimah dalam keadaan gugup dan terkejut.Wajahnya lembut dan bersih tanda banyak beribadat dan solat. "Bertenang, beristighfar banyak-banyak," kata sayameminta Fatimah bersabar dalam menghadapi dugaan semasa berada di tanah suci.Selepas melihat dia mula bertenang saya memintanya menceritakan kejadianyang pelik menimpanya semasa berada di tanah suci. "Sekarang cerita.Apa kejadian pelik yang awak tengok...?" tanya saya pula apabila melihat wajahnya berkerut memikirkan masalahnya. Fatimah menceritakan bahawa pada suatu hari, dia pergi bersama-sama rakan jemaah untuk bersembahyang di Masjidilharam.Mula-mula Fatimah mengambil air zamzam dari telaga di Masjidilharam bersama-sama jemaah lain sementara menanti waktu solat Zuhur yang hampir masuk. Memang telah menjadi kelaziman Fatimah dan rakan-rakan mengambil air dari telaga zamzam untuk dibawa pulang ke tanah air kelak.Air zamzam yang diambil dari telaga di Masjidilharam itu kemudiannya akandituang ke dalam tong besar di hotel penginapan. Selepas itu mereka isikan dalam bekas danbotol-botol yang lebih kecil supaya mudah dibawa pulang ke Malaysia. Ini kerana Fatimah menganggap air yang diambil sendiri di telaga zamzam berbanding air zamzam di paip di luar lingkungan Masjidilharam lebih suci danasli. Bagaimanapun pada hari itu selepas mengambil airzamzam, tiba-tiba Fatimah rasa berada dalam keadaan uzur kerana haid.Ini menyedihkannya kerana jangkaan haidnya masih lambat lagi. Justeru Fatimah cepat-cepat keluar dari kawasan Masjidilharam meninggalkan rakan-rakan kerana haram bagi wanita uzur memasuki masjid.Sambil melangkah keluar membawa air zamzam, dia rasa kecewa kerana hasrat untuk bersembahyang diMasjidilharam tidak tercapai sedangkan itulah yang diidam-idamkan olehpara jemaah.Walaupun semangat Fatimah berkobar-kobar untuk beribadat tetapi dia terpaksa akur kerana masalah keuzuran. "Mungkin lain kali boleh sembahyang lagi diMasjidilharam," katanya sambil memujuk hatinya yang kecewa. Sambil berjalan dia berdoa supaya haidnya habis sebelum kembali ke Malaysia supaya hasratnya untuk menunaikan solat di Masjidilharam tercapai.Fatimah menyambung, katanya apabila sampai di hotel penginapannya, dia meletakkan botol air zamzamnya itu di hujung penjuru bilik menghala ke arah Masjidilharam.Dia merehatkan badannya dan memujuk hati yang kecewa. Insya-Allah ada rezeki aku, katanya dalam hati. Seketika kemudian sayup-sayup azan fardu Zuhur berkumandang dilaungkan muazin Masjidilharam. Lembut dan menginsafkan.Apabila mendengar suara azan, Fatimah rasa semakin sayu kerana hasrat untuk beribadat tergendala kerana keuzurannya.Tidak lama selepas itu iqamat dilaungkan. Lalu dia terbayang alangkah seronoknya kalau ketika itu dia juga sedang berada bersama-sama kawan-kawan dan para jemaah lain didalam Masjidilharam. Tentu ketika itu mereka sedang berdiri untuk memulakan solat.Tapi apakan daya, sekarang dia berada di dalam bilik dan tidakboleh pula mengerjakan solat....."Allahhuakbar." Imam memulakan solat. Makin sayu Fatimah mendengarnya. Sewaktu sedang mengelamun itu, tiba-tiba dia melihat tong air zamzam hampir setinggi lutut dan sebesar badannya bergerak-gerak.Dan apabila imam rukuk, dengan perlahan-lahan tong tersebut melentur sehingga menjadi bentuk seperti orang yang sedang rukuk juga.Apabila jemaah sujud, tong itu juga turut sujud sehingga penutupnya mencecahsimen.Kemudian ia duduk antara dua sujud dan kembali berdiri apabila jemaah membaca fatihah.Begitulah perlakuan tong air zamzam itu sehingga selesai jemaah bersembahyang di Masjidilharam. Anehnya selepas jemaah habis bersembahyang, tong air zamzam itu berhenti serta-merta bersolat.Bagaimanapun air di dalam tong berkenaan tidak tumpah atau meleleh sedikit pun.Badan tong yang sebentar tadi sujud dan rukuk tidak menunjukkan apa-apa perubahan fizikal seperti kemik atau melentur. "Betul ustaz! Saya tengok sendiri tong zamzam bersembahyang.Apabila orang bersembahyang di Masjidilharam tong itu punbertakbir Allahhuakbar. Apabila orang rukuk,tong air zamzam turut rukuk.Apabila orang sujud, tong air zamzam turut sujud seterusnya memberi salam," katanya dengan bersungguh-sungguh. Lalu Fatimah bertanya kepada saya: "Adakah tong zamzam itu bersembahyang menggantikan tempat saya yang tak boleh bersembahyang ustaz..?" Saya hanya menjawab, "Wallahualambissawab. Ambillahia sebagai iktibar.Itulah tanda kebesaran Allah dan besarnya pahala bersolat.Itulah Makkah, penuh dengan macam-macam benda pelik.Ingatlah, Allah jadikan sesuatu itu supaya manusia berfikir." Selepas mendengar penjelasan saya yang ringkas itu, Fatimah kembali ke biliknya.Walaupun saya tidak dapat memberikan jawapan sebenar bagi pertanyaan Fatimah yang dianggap sungguh pelik yang terjadi terhadapnya semasa berada ditanah suci tetapi bagi saya, hasrat murni Fatimah untuk beribadat sebenarnya dimakbulkan Allah. Keperibadian Fatimah yang sentiasa mengutamakan solat menyebabkan Allah memberikan petunjuk kepadanya sehingga tong zamzam sanggup bersolat menggantikan tempatnya walaupun dia berada dalam keuzuran. Segala sesuatu pasti terjadi atas kehendak-Nya jika makhluk sentiasa taat kepada perintah Allah. Jika Allah berfirman KUNFAYAKUN (Jadi,maka jadilah) maka segala sesuatu terjadi dengan sendirinya walaupun sesuatu perkara itu dianggap pelik dan aneh dari segipemikiran logik manusia  biasa. Daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah s.a.wbersabda: Adalah Rasulullah bercakap-cakap dengan kami dan kami pun bercakap-cakap dengan baginda. Apabila sampai waktu sembahyangseolah-olah baginda tidak mengenal kami dan kami pun tidak mengenal baginda, kerana jiwa kami hanya tertumpu kepada keagungan Allah. DanAllah berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaanyang hina."...... Surahal-Mu'min 40:60. 

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA5 RINTANGAN" 
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, 
WAKTU MUDA SEBELUM TUA 
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
<<<<<<Previous!!!! HOME !!!! Next >>>>>>